Doa Harian Si Kecil (DCB)
Mudah-mudahan Doa Harian Si Kecil dapat menguatkan iman kita dan membantu kita sentiasa mengingati Allah.
Ibn Al-Mubarak: Idola Yang Paling Dicemburui
Buku ini terkandung pengenalan mengenai seorang tokoh yang tidak asing lagi bagi kita, dialah ‘Abd Allah bin Al-Mubarak, seorang insan agung dari generasi salaf al-salih yang sangat harum untuk diceritakan. Dahulunya beliau sangat terkenal, malah namanya meniti di bibir orang ramai dan kebaikannya dicemburui para ulama yang soleh. Selepas Rasulullah SAW dan para sahabat RA, kita tidak menemui seorang pun yang memliki kehidupan yang lebih mengagumkan daripada Ibn Al-Mubarak. Allah ta’ala telah menganugerahkan insan ini hampir semua kenikmatan hidup yang diimpikan oleh manusia yang bertakwa.
Islam Adalah Cara Hidup
- Isi kandungan buku ini tidak bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Waljamaah.
- Penulisan ini dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat kepada masyarakat untuk berubah menjadi hamba yang soleh.
- Buku ini sesuai untuk semua peringkat umur malahan amat bersesuaian jika dibacakan di surau-surau atau masjid-masjid.
Istighfar: Harapan untuk Jiwa yang Berdosa
Setiap manusia secara fitrahnya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan dosa pada setiap hari. Kadangkala, kesilapan yang bertimbun ini membuatkan jiwa kita berasa kosong, dada menjadi sempit, dan urusan hidup seakan-akan tersekat. Namun, sedarkah kita bahawa jalan penyelesaian kepada semua kekusutan ini sangat dekat dengan kita? Kuncinya adalah Istighfar.























