Buku Fadilat Selawat menghuraikan bahawa sebesar-besar nikmat Allah kepada manusia ialah pengutusan Nabi Muhammad sebagai pembawa hidayah, yang mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya serta membimbing mereka kepada pengabdian yang sebenar kepada Allah. Oleh itu, hak Baginda ke atas umatnya merupakan antara hak yang paling besar selepas hak Allah, dan antara bentuk menunaikannya ialah dengan memperbanyakkan selawat dan salam sebagai tanda cinta, pengagungan, dan kesyukuran. Kecintaan kepada Rasulullah juga merupakan asas keimanan yang tidak sempurna tanpanya, dan ia dizahirkan melalui zikir serta selawat yang berterusan, yang menjadi makanan hati, cahaya roh, dan sebab mendekatkan diri kepada Allah.
Perbahasan mengenai kelebihan selawat telah diperincikan oleh para ulama, antaranya melalui karya agung Imam Ibn al-Qayyim iaitu Jilā’ al-Afhām fī Faḍl al-Ṣalāt wa al-Salām ‘alā Khayr al-Anām. Buku Fadilat Selawat ini disusun sebagai ringkasan yang menghimpunkan mutiara ilmu daripada karya tersebut, dengan tujuan memudahkan pemahaman dan pengamalan. Naskhah ini diharapkan menjadi bekalan bagi para pencinta Rasulullah serta panduan dalam menunaikan hak Baginda dengan cara yang selayaknya.

















































Nota My #QURANTIME Juzuk 5