Meminta Doa daripada Orang Mati

RM32.00

Hurry up, Only 2 left.
somdn_product_page Compare
SKU: BM123 Category: Brand:

Frequently Bought Together

1 Item RM32.00
2 Add-Ons RM62.00
Total RM94.00
Description
Isu meminta doa daripada orang yang telah meninggal dunia bukanlah suatu isu yang baharu, namun ia kembali hangat diperdebatkan di media sosial dan di meja-meja penceramah pada masa kini. Terdapat segelintir pihak yang membawa pelbagai kekeliruan dengan mendakwa perbuatan ini dibolehkan, menyamakannya dengan amalan meminta doa daripada orang hidup, atau mendakwa ia sekadar tawasul yang tidak jatuh ke tahap syirik.
Buku “Meminta Doa daripada Orang Mati: Kajian daripada perspektif akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamāʿah” karya Dr. Muḥammad bin ʿAbd Allāh al-Khuḍayrī terbitan Karya PiS ini, hadir tepat pada masanya sebagai sebuah naskhah khusus dalam merungkai polemik ini. Penulis tidak mengambil pendekatan simplistik dengan hanya menolak atau menerima sesuatu pandangan, sebaliknya beliau membedah struktur hujah dengan menghuraikan faktor-faktor penentu hukum (manāṭāt) yang menjadi asas perbahasan, seperti matlamat ziarah kubur, isu pendengaran orang mati, dan hakikat permohonan syafaat.
Apa yang menarik tentang buku Ini?
  • Merungkai syubhat akidah: Buku ini membatalkan syubhat dan kekeliruan golongan penyembah kubur, dan sebahagian pengikut tarekat sesat secara terperinci yang mengamalkan budaya meminta doa daripada orang mati ketika berada dalam kesusahan dan keperluan.
  • Menghimpunkan fatwa ulama: Praktik meminta doa daripada orang mati ini tidak wujud pada zaman awal umat Islam, ketika era kehidupan Nabi SAW dan para sahabat. Ia hanya muncul selepas berlalunya generasi terbaik ini, dan para ulama mengingkarinya, dalam rangka memelihara sunnah, melindungi kesucian tauhid, serta menutup jalan-jalan yang membawa kepada syirik dan kerosakan.
  • Sandaran dalil yang kukuh: Karya ini mengembalikan perbahasan kepada asas utamanya dengan bersandarkan al-Qurʾān, al-Sunnah, dan pandangan para imam muktabar, jauh daripada unsur retorik dan sentimen emosi.
Additional information
Weight 0.45 kg
Dimensions 15 × 1 × 22.5 cm
Author

Binding

Paperback

ISBN

9789672910671

Pages

246

Publisher

Karya PiS Sdn Bhd

You may also like…

Recently Viewed

Close
Close
Close

My Cart

Shopping cart is empty!

Continue Shopping

Select your currency
MYR Malaysian ringgit

Select at least 2 products
to compare