Kaedah Maqasid al-Shariah
Kandungan buku ini bukan hanya sesuai untuk pelajar dan pengkaji bidang usul al-fiqh dan Maqasid al-Shari’ah, malah juga bidang tafsir dan pemikiran Islam kerana hakikatnya kandungan ini berkait dengan metodologi berinteraksi dengan al-Quran dan al-Sunnah. Selain itu, pembaca serius yang di luar bidang pengajian Islam juga boleh memanfaatkan buku itu terutama dalam memahami kaedah berfikir menurut kerangka Islam.
Tafsir Al-Muin: Pembantu Tadabbur Al-Quran (Juzuk 30)
Juzuk 30 atau Juzuk ‘Amma mengumpulkan lebih 37 surah. Secara tidak langsung, hampir sebanyak sepertiga daripada 114 surah al-Quran terkandung dalam juzuk ini, justeru juzuk ini sangat penting. Juzuk ini juga terdiri daripada banyak surah Makkiah yang mengandungi prinsip-prinsip utama al-Quran. Antaranya ialah prinsip ketuhanan, akidah, akhlak, nilai keadilan, prinsip beragama dan lain-lain yang dapat memupuk seorang Muslim yang memahami juzuk 30 ini untuk memahami kerangka Islam yang sahih.



