1. Kehidupan Mulia Nabi Muhammad SAW (Ar Raheeq Al Makhtum) Edisi Kemas Kini P/B
Pada tahun 1976, konferensi pertama mengenai Sirah Nabi Muhammad telah berlangsung di Pakistan yang ditaja oleh Liga Muslim Sedunia. Sebuah pertandingan penulisan buku sirah diadakan dan sebanyak 171 naskhah telah diterima dari seluruh dunia. Sirah “Ar-Raheeq Al-Makhtum” nukilan Safiur-Rahman Mubarakpuri berjaya meraih tempat pertama oleh sebab sumbernya yang sahih dan tulen.
Mereka diberi minum dari satu minuman yang termeterai bekasnya.
Terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan usaha lanjut dakwah Islamiah yang merakam kronologi riwayat agung junjungan besar Rasulullah bermula daripada sebelum kelahiran Baginda sehingga selepas kewafatannya..
2. Perisai Muslim – Hisnul Muslim (Premium – Leather)
PERISAI MUSLIM merupakan terjemahan bagi buku masyhur, Hisnul Muslim, adikarya Syeikh Dr. SA’ID ‘ALI WAHF AL-QAHTANI . Terjemahan Bahasa Melayu ini merupakan hasil usaha Dato’ Dr. Abdul Basit Abdul Rahman. Dakwah Corner Bookstore turut mempersembahkan naskhah istimewa ini dalam bentuk sederhana kecil yang baharu.
Naskhah ini menghimpunkan zikir dan doa sahih yang perlu diamalkan oleh sekalian umat Islam setiap hari. Para ulama di seluruh dunia memperakui isi kandungannya. Perisai Muslim juga telah diterjemahkan kepada lebih daripada 75 bahasa.
Edisi istimewa terbitan Dakwah Corner Bookstore ini sesuai bagi mereka yang inginkan sebuah karya yang berkualiti dan berketerampilan, di samping meraih setiap manfaat yang bakal menanti anda, insya-Allah.
























There are no reviews yet.