Description

Benarkah Nabi Muḥammad ﷺ telah diramalkan dalam kitab-kitab terdahulu seperti Taurat dan Injil? Adakah bukti-bukti kerasulan baginda boleh ditemui dalam kitab-kitab suci agama Yahudi dan Kristian, meskipun kitab-kitab tersebut telah mengalami perubahan?

Buku “Dialah Yang Dijanjikan” membawa pembaca menyusuri jejak-jejak kenabian Nabi Muḥammad ﷺ yang disebut secara tersurat mahupun tersirat dalam Taurat dan Injil. Dr. Haytham Ṭalʿat mempersembahkan hujah-hujah kukuh, analisis mendalam, serta pendedahan menarik tentang petunjuk-petunjuk kenabian yang selama ini disembunyikan atau disalah tafsir oleh sebahagian Ahli Kitab.

Dengan analisis yang mendalam, buku ini mengupas pelbagai persoalan penting:

Siapakah “nabi seperti Mūsā” yang dijanjikan dalam Taurat?
Mengapa kenabian beralih daripada Bani Isrāʾīl kepada keturunan Nabi Ismāʿīl?
Apakah maksud sebenar “gentile” atau “ummī” dalam konteks kenabian Nabi Muḥammad ﷺ?
Adakah Nabi Muḥammad ﷺ disebut secara langsung dengan nama “Muḥammad” dalam Taurat?
Buku “Dialah Yang Dijanjikan” bukan sahaja memperkukuhkan keimanan umat Islām terhadap kerasulan Nabi Muḥammad ﷺ, malah menjadi jambatan kefahaman dan bukti nyata bagi pencari kebenaran daripada kalangan Ahli Kitab. Sebuah karya penting untuk mereka yang ingin mendalami dialog agama dan memahami bukti nyata tentang kenabian Rasul akhir zaman.

Additional information
Weight 0.42 kg
Dimensions 21 × 15 × 1 cm
Reviews (0)
0 ★
0 Ratings
5 ★
0
4 ★
0
3 ★
0
2 ★
0
1 ★
0

There are no reviews yet.

Be the first to review “Dialah yang Dijanjikan: Jejak Kenabian Muhammad SAW dalam Taurat dan Injil”

You may also like…

Close
Close
Close

My Cart

Shopping cart is empty!

Continue Shopping

Select your currency
MYR Malaysian ringgit

Select at least 2 products
to compare